Untuk assignment 1 group task, kami telah memilih subtopik dalam subjek Science Form 1 (Chapter3 : Matter)
Tugas saya adalah untuk menghasilkan 3 bahagian iaitu drag & drop question, dialog box question dan experiment.
Drag & Drop Question
Semasa menghasilkan task ini, saya tidak menghadapi begitu banyak masalah. Namun begitu, saya dapati koordinat yang saya letak agak lari dari segi logik. Semasa saya menyiapkan tugasan drag & drop pada minggu-minggu sudah, koordinat yang diletak adalah sama dengan koordinat seperti yang terpapar di skrin.
Walaubagaimanapun, hasil yang diperolehi berfungsi seperti yang diharapkan.
Namun, selepas Azaki menggabungkan scene saya dengan main scene, semua koordinat telah berubah dan proses drag & drop gagal. Saya terpaksa mengubah balik koordinat dan alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Dialog Box Question
Untuk Dialog Box Question, secara asasnya tiada masalah yang timbul. Walaubagaimanapun, saya cuba untuk menggabungkan action untuk 2 dialog box ke dalam 1 button submit. Namun setelah mencuba, tetap gagal. Maka, saya terpaksa membuat 1 submit button untuk 1 dialog box.
Experiment
Pada bahagian experiment pula, tiada masalah yang timbul. Penggunaan pergerakan frame to frame dan sedikit tween motion berjaya menghasilkan hasil seperti di atas.
Azaki ditugaskan untuk menggabungkan semua scene yang kumpulan kami hasilkan. Tak sabar rasanya nak tengok. :)